Penyanyi Iman Troye memberi bayangan dirinya sudah putus cinta selepas dicurangi dan ditinggalkan oleh kekasihnya.
Artikel Berkaitan: Iman Troye Ziarah Kubur Siti Sarah, Dedah Arwah Tak Pernah Lupa Wish Birthday – ‘Adik Datang Hari Ini Sebab Rindu Sangat’
Artikel Berkaitan: Iman Troye Pesan Jangan ‘Study’ Kuat Sangat, Dedah Adik Saudara Koma 4 Bulan Kerana Abai Kesihatan – ‘Makan & Rehat Secukupnya’
Putus cinta raya kedua?
Menerusi hantaran di TikTok, Iman atau nama lengkapnya Siti Nur Alyssa Sahabudin memuat naik sepotong video beserta kapsyen ‘day 1 kena tinggal sis’.
Difahamkan, video berkenaan dirakam dan dikongsikan pada hari raya kedua.
Sementara itu, seorang individu meninggalkan komen dengan mengatakan ‘cantik cantik pun kena tinggal’.
Komen tersebut kemudian mendapat perhatian Iman apabila dia berkata seorang lelaki jika mahu berlaku curang mereka akan tetap lakukan tanpa memikirkan tentang perkara lain.
Lelaki kalau dia nak curang, dia curang juga.
Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana individu, namun segelintir wargamaya mendakwa lelaki yang dimaksudkan pelantun lagu Teman itu adalah usahawan dan pempengaruh, Ashraf Anuar.
Hal ini kerana, mereka sebelum ini didakwa mempunyai hubungan istimewa dan sering dilihat bersama.
Sumber: TikTok