berita

Lelaki Kantoi Curi 25 Helai Seluar Dalam & Simpan Dalam Beg Silang Kerana Mahu Melepaskan Nafsu

June 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Malaysia Gazette

Gara-gara mahu melepaskan nafsu dengan mencuri seluar dalam wanita, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis di sebuah kawasan perumahan di Seri Petaling.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Pakai Baju Jarang Tayang Seluar Dalam Pink, Netizen ‘Tazkirah’ Fify Azmi

Artikel Berkaitan: Takut Diketahui Keluarga, Ibu Bunuh Bayi Baru Lahir Guna Seluar Dalam

25 helai seluar dalam

Memetik laporan Berita Harian, dalam keadaan yang mencurigakan lelaki tersebut sedang melihat pakaian dalam wanita yang disidai. Perbuatannya itu dikesan oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata penduduk itu telah menghubungi pihaknya dan memaklumkan tentang perbuatan suspek.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga rumah berbeza bagi tujuan melepaskan nafsu.

Pakaian dalam ini dijumpai dalam beg silang dibawa suspek sebelum polis melakukan tangkapan dan merampas barang kes untuk tindakan selanjutnya.

Susulan itu, suspek telah dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Lumpur dan telah mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan. Hukuman penjara sebulan juga telah dijatuhkan terhadapnya.

Untuk rekod, lelaki berusia 45 tahun itu juga memiliki sembilan rekod jenayah curi dan dadah berbahaya.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×