berita

[VIDEO] Selamba Pakai Baju Jarang Tayang Seluar Dalam Pink, Netizen ‘Tazkirah’ Fify Azmi

June 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tular sepotong video di laman TikTok yang memperlihatkan seorang pelakon wanita mengenakan pakaian mencolok mata sewaktu bercuti di sebuah pusat peranginan baru-baru ini telah mengundang perhatian netizen.

Artikek Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Leona Berbikini Putih, Minta Maaf Bagi Pihak Anak

Artikel Berkaitan: Netizen Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je

Pakaian dalam terdedah

Menerusi video yang dikongsikan pemilik akaun @artismalays1, pelakon tersebut dilihat mengenakan baju berkain jarang sehingga mendedahkan pakaian dalamnya berona merah jambu.

Malah, menerusi video sama, aktres berkenaan dilihat bersama seorang lelaki yang didakwa kekasihnya yang juga seorang aktor.

Netizen kecam

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan kurang senang selepas melihat klip berdurasi 0.10 saat itu selain menyelar tindakan aktres tersebut.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memetik nama pelakon Fify Azmi merujuk kepada wanita dalam video terbabit.

Video

@mayacakehouse #artismalaysia #fyp #viral #fy #melayu ? Memori – Sheila Majid

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×