berita

Lelaki Kencing & Tinggalkan Plastik Berisi Najis Atas Kubur Bekas Isteri Sejak Tahun 2017

September 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki tergamak membuang air kecil di atas kubur. Rupa-rupanya kubur itu milik bekas isterinya yang sudah diceraikan sejak 48 tahun lalu.

Kencing atas kubur bekas isteri

Lelaki buang air kecil di atas kubur bekas isteri

Memetik laporan Daily Star, rakaman kamera tersembunyi mendedahkan tindakan tidak bermoral lelaki berkenaan. Menurut anak lelaki mangsa, Linda Louise Torello iaitu Michael Murphy, dia terdetik mahu memasang kamera tersembunyi kerana berasa pelik apabila kerap menemui beg berisi najis di kubur ibunya ketika datang berziarah.

Pada awalnya dia menyangka itu adalah najis anjing yang ditinggalkan oleh pemilik haiwan itu. Namun pada hari berikutnya, dia sekali lagi menemui najis di dalam plastik yang berlainan. Sejak daripada itu, dia mula mengesyaki pasti ada individu yang sengaja melakukan perbuatan jelik itu. Oleh hal demikian, Michael membuat laporan polis dan pihak pengurusan tanah perkuburan memberi kebenaran kepada Michael untuk memasang kamera tersembunyi di kubur ibunya.

Rupanya kerja bekas suami ibu

Michael Murphy bergambar di kubur ibunya, Linda Louise Torello

Menurut Michael, dia sangat terkejut apabila melihat seorang lelaki berjalan ke kubur ibunya dan melondehkan seluar sebelum membuang air kecil. Rupa-rupanya, lelaki berkenaan merupakan lelaki yang pernah mengahwini ibunya pada tahun 1970-an lalu sebelum mereka akhirnya bercerai. Lelaki terbabit juga merupakan individu yang meninggalkan plastik berisi najis di atas kubur Torello.

Kami mempunyai bukti berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Ia telah dilaporkan kepada polis dan saluran berita. Tiada seorang pun dalam keluarga saya pernah berhubung dengan lelaki tersebut sejak 1976. Bagaimana dia menemui tapak kubur ibu saya, itu kami tidak pasti.

Michael kini sedang melakukan proses perundangan supaya lelaki terbabit berhenti melakukan perbuatan jelik itu. Difahamkan, pasangan ini berpisah selepas lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilan Linda Louise Torello. Pada 2017 ketika berusia 66 tahun, Torello meninggal dunia akibat kanser. Mayat mangsa kemudian dikebumikan di tanah perkuburan di Gereja Reformasi Tappan di Orangetown, New York.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×