Sehingga ke hari ini, peserta larian Gopeng Ultra Trail Mohamad Ashraf Hasan atau lebih dikenali sebagai Acap masih belum ditemui. Misi pencarian walaubagaimanapun masih diteruskan di sekitar kawasan larian.
Di Facebook, individu kongsi kisah seram yang pernah dilaluinya ketika mendaki di Bukit Batu Putih, Gopeng dua tahun lalu di lokasi sama Acap dipercayai ‘ghaib’.
‘Hang jangan tengok belakang’
Ketika dihubungi mStar Online, selepas turun dari bukit dia secara tiba-tiba menuju semula ke arah bukit setelah dipanggil seorang ‘budak’.
Bila dah keluar dari hutan tu, dah masuk kereta dan tukar kasut, masa tu saya tiba-tiba keluar dari kereta semula. Saya dah berjalan sebab dekat lorong nak masuk tu ada budak panggil.
Masa tu saya dah tak sedar apa. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya nak pergi dekat budak tu. Nak kata tertarik, bukan… tapi saya rasa macam nak pergi dekat dia.
Kawan saya yang perempuan cakap dekat Jep (kawan seorang lagi) pergi tengok Lan. Dia (Jep) terus tarik saya masuk semula ke dalam kereta.
Nasib baiklah salah seorang daripada rakan menyedari kelakuan peliknya dan segera menariknya masuk ke dalam kereta.
Jep jom blah.. jom blah
Kawan saya yang perempuan cakap dekat Jep (kawan seorang lagi) pergi tengok Lan. Dia (Jep) terus tarik saya masuk semula ke dalam kereta.
Jep kata jom blah… jom blah. Itulah kira kali terakhir saya pergi hiking.
Waktu tu saya pandang ke kawasan hutan tiba-tiba tengok ada budak lambai-lambai ke arah saya. Dia tidak menyerupai manusia tapi saya hanya nampak bayang-bayang.
Saya bersyukur kerana kawan saya pantas tarik saya masuk semula ke dalam kereta. Kalau saya masuk ke dalam hutan tu, tak tahulah apa jadi dekat saya selepas itu
Ketika ditanya pengalamannya mendaki dua tahun lalu, Reiz Lan memberitahu mereka mula mendaki selepas asar. Laluan ketika itu agar mencabar kerana keadaan bukit sedikit mencanak.
Nampak kelibat macam manusia
Jadi kami terpaksa berjalan secara menyenget. Walaupun jarak tak jauh mana tapi kami ambil masa lama nak sampai ke puncak. Kami perlu tolong satu sama lain sepanjang perjalanan itu.
Kami turun pun lepas habis solat Magrib di puncak bukit. Semasa nak turun tu keadaan agak gelap dan kami hanya bertemankan lampu suluh di kepala. Kami sering perhati kawan masing-masing kat belakang ada ke tak.
Masa separuh perjalanan tu saya perasaaan sesuatu, saya pandang belakang saya beritahu kawan kenapa macam ramai dekat belakang dalam lima orang… ada geng lain ke? Kawan saya ni dia tahu saya jenis senang nampak benda pelik-pelik.
Tiada niat mahu mencari populariti, lelaki ini memberitahu dia melihat kelibat mirip manusia ketika turun dari bukit. Dengan nasihat rakan, dia dilarang melihat ke belakang walaupun ketika itu ‘tidak sedap hati’.
Dia cakap jangan pandang belakang, tengok je depan. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pandang kiri pandang kanan saya nampak macam ada orang lalu tapi sekali imbas dia hilang.
Saya pernah kena banyak kali, dekat kedai makan… pergi kem pun kena juga. Saya ni sebenarnya lemah semangat.
Jadi bila selalu kena terutamanya selepas kes hiking di Bukit Batu Putih, saya terus berubat. Sejak dari itu saya dah lama tak nampak benda bukan-bukan.
Sedih mendengar kisah kehilangan Acap, Reiz Lan berharap mangsa segera ditemui. Dia turut berasa sedih melihat ratapan sayu ibu yang memanggil Acap pulang.
Sumber : mStar Online