Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Sukabumi, Indonesia bertindak melarikan diri ke gunung dan sempat menyamar menjadi Tarzan selepas didakwa membunuh kekasih hati.
Menyamar jadi Tarzan
Foto: Kompas
Menerusi laporan Kompas, pihak polis telah menahan suspek, RR, 30, dua hari lepas jam 2 petang waktu tempatan berikutan didakwa membunuh kekasihnya, SUK, 33, di Kecamatan Cibadak, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat pada Khamis yang lalu. Suspek ketika sedang ditahan, bersembunyi di Gunung Walat, Daerah Cibadak.
Mengulas lebih lanjut, suspek dikatakan berbuat demikian berikutan mengesyaki mangsa akan berbaik semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, berlaku pertengkaran antara mereka berdua sebelum suspek bertindak menikam wanita berkenaan.
Ujar saksi ketika itu, suspek bertindak melarikan diri ke sebuah gunung dan mangsa yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Bunuh teman wanita sendiri
Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada mendapat maklumat mengenai kes pembunuhan tersebut, pihak polis bertindak memburu suspek yang melarikan diri ke sebuah gunung.
Namun, suspek ketika itu sempat berbohong kepada pihak polis dan menyamar sebagai Tarzan dengan menggunakan rambut palsu panjang.
Sumber: Kompas