berita

Lelaki Libas Parang Sebab Berang Wanita Datang Kutip Hutang Isteri

December 13th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Kabupaten Langkat, Indonesia menjadi viral gara-gara mengamuk dan mengacukan parang ke arah seorang wanita yang merupakan pengutip hutang.

Artikel Berkaitan: Lelaki Kutip Hutang Maut Kena Tembak Di Leher

Artikel Berkaitan: Datang Nak Kutip Hutang Tapi Kantoi Tidur Dengan Isteri Orang! Lelaki Berbogel Diarak Keliling Kampung

Kutip hutang

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Detik News, perbuatannya telah dirakam oleh seorang wanita yang disyaki rakan sekerja mangsa dan menjadi tular di media sosial Indonesia.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Langkat Inspektor Rajendra Kusuma, kejadian bermula apabila mangsa datang ke rumah suspek untuk mengutip ansuran hutang isterinya.

Walau bagaimanapun, isteri suspek sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Suspek memberitahu kepada mangsa untuk mencari isterinya di rumah mertuanya jika ingin mengutip hutang.

Namun, mangsa tetap mempersoalkan hutang kepadanya kerana suspek merupakan penjamin berhubung hutang isterinya.

Disebabkan mangsa terus mempersoalkan isu pembayaran hutang, suspek menjadi emosi dan berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa.

Suspek masuk ke dalam rumahnya untuk mendapatkan parang, kemudian menghampiri mangsa dan melibas parang di tangannya ke arah motosikal mangsa.

Mangsa juga cuba untuk mengelak dengan meninggalkan motosikalnya namun, suspek menolaknya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Apabila terjatuh, suspek memukul pipi kanan dan dada mangsa menggunakan siku sehingga pipi kanan mangsa bengkak dan dadanya terasa sesak

Selepas kejadian tersebut, mangsa segera membuat laporan kepada Polis Tanjung Pura dan suspek telah ditahan pada hari yang sama selepas kejadian.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×