berita

Lelaki Mabuk Siap ‘Selfie’ Selepas Tumbuk Pekerja Kedai Serbaneka

June 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gara-gara menegur dua lelaki mabuk mengambil payung di dalam sebuah kedai serbaneka tempatnya bekerja, seorang pekerja cedera ditumbuk di bahagian muka.

Artikel Berkaitan: Pelakon Tumbuk Isteri Tiga Kali Ditahan Polis

Siap ‘selfie’ lepas tumbuk

Memetik laporan Harian Metro, bapa kepada mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, memaklumkan dua lelaki tersebut bukan sahaja menumbuk malah turut mengambil swafoto bersama-sama anaknya.

Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.

Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk.

Difahamkan, anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka dan laporan polis sudah dibuat bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, kes ini turut tular menjadi bualan ramai di media sosial.

Sumber: Harian Metro,

SKIP THIS AD ×