
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana mengakui tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mempersoalkan isu mahram mengenai penyertaannya dalam misi kemanusiaan Sumud Global Flotilla (SGF).
Artikel Berkaitan: ‘Tak Cakap Saya Sentiasa Bahagia, Rumah Tangga Ada Pasang Surut’ – Zizi Kirana
Isu mahram

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui tentang isu dibangkitkan, termasuk kenyataan seorang pereka fesyen terkenal yang mempertikai penglibatannya dalam misi tersebut.
Saya sebenarnya tak tahu pun mengenai isu itu dan tak ambil hati. Apa yang penting, niat saya jelas iaitu untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah membantu saudara kita di Gaza.
Setiap misi kemanusiaan mesti ada lelaki dan wanita. Tujuan kami, wanita-wanita ini adalah untuk mewakili wanita Malaysia bagi bertemu dan menyantuni saudara-saudara wanita kita di Gaza.
Jadi kalau nak mempertikaikan soal mahram, saya rasa cukup minta izin daripada suami dan keluarga.
Zizi berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.
Tambah Zizi lagi, isu wanita menyertai misi berkenaan sebenarnya telah dijelaskan oleh pihak berautoriti termasuk mufti serta jabatan agama dan dia menghormati pandangan pihak yang lebih arif dalam hal tersebut.
Alhamdulillah, kita semua sudah dapat penjelasan daripada mufti dan pejabat agama. Jadi ini bukan lah satu isu.








