berita

Lelaki Mati Kena Tembak Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

January 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pemakaian pelitup muka seakan sudah menjadi satu perkara ‘wajib’ yang perlu dilakukan oleh setiap individu di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini berikutan dengan keadaan dunia yang kini sedang dilanda wabak maut Covid-19.

Terbaru, seorang lelaki telah ditembak sehingga mati hanya gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Tak pakai pelitup muka

Menerusi laporan yang dipetik daripada Liputan6, insiden cemas itu dipercayai berlaku di Thailand. Mangsa yang dikenali dengan nama Samran Tawai tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri satu majlis pengebumian pada 7 Januari yang lalu. Namun, seorang lelaki lain iaitu suspek, Jumnean Sri-orn telah meminta mangsa untuk memakai pelitup muka tetapi permintaan tersebut langsung tidak diendahkan malah mangsa bertindak mengejek suspek.

Maka bermula dari situlah pertengkaran antara kedua-dua mereka tercetus. Difahamkan, suspek juga dikatakan telah menuju ke motosikalnya untuk meninggalkan majlis pengebumian tersebut tetapi sebaliknya yang terjadi apabila mangsa cuba menghalang dan menimbulkan provokasi.

Berlaku salah faham

Ekoran daripada pergaduhan yang berlaku, suspek telah mengeluarkan pistol dan mengacukan terhadap mangsa sebelum menembak tepat pada wajahnya. Menurut Ketua Polis Chaweng, Kolonel Sutat Songsayom, mangsa dan suspek sebelum ini mempunyai masalah lampau dan kemungkinan insiden yang berlaku pada hari pengebumian itu adalah disebabkan masalah peribadi mereka.

Suspek kini menghadapi tuduhan membunuh dan didakwa kerana membawa senjata api tanpa izin. Jumnean walau bagaimanapun mengakui perbuatannya dan akan dipenjara seumur hidup jika terbukti bersalah.

Sumber: Liputan6, Mothershipsg

SKIP THIS AD ×