Seorang lelaki di Thailand yang dikenali sebagai Jitpol, berusia 47 tahun dilaporkan maut akibati dipanah petir ketika tidur di dalam rumahnya.
Maut dipanah petir
Sekadar gambar hiasan
Lebih menyedihkan apabila, kejadian yang menimpa Jitpol itu disaksikan oleh isteri dan anaknya. Difahamkan, cuaca hujan lebat berserta guruh dan kilat, ketika itu, mangsa sedang berbaring di atas katil di rumahnya.
Namun malang tidak berbau, mangsa telah disambar kilat sebanyak dua kali sebelum rebah ke lantai. Si isteri yang melihat perkara itu cuba membantu. Jitpol kemudian dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan.
Difahamkan, kakak mangsa iaitu Suporn berkata, dia telah bermimpi mengenai tragedi itu dua hari sebelum insiden berlaku.
Pasukan penyiasat memeriksa rumah mangsa yang dibina daripada kayu dan beratapkan zink, antara yang ditemukan adalah tilam, baju milik mangsa dan syiling.
Sumber: The Thaiger