berita

Lelaki Maut Ditembak Pada Kemaluan, Padah Ganggu & Belasah Bekas Teman Wanita

July 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: The Thaiger

Seorang lelaki ditembak mati di bahagian perut dan kemaluannya kerana menyerang dan bertindak ganas terhadap bekas teman wanitanya.

Artikel Berkaitan: Isteri Curah Minyak Panas Pada Kemaluan Suami Ketika Nyenyak Tidur

Artikel Berkaitan: Pencuri Mengalah! Tak Tahan Sakit Kemaluan Ditembak Polis

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Hutang Pelacur RM4.35, Pelanggan Parah Ditikam Di Bahagian Kemaluan

Rakan bekas teman wanita bantu

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan The Thaiger, kejadian yang berlaku di Bangkok, Thailand itu menyaksikan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Charawit Tirananon ditembak mati oleh rakan bekas teman wanitanya.

Ketika kejadian, Charawit bersama seorang rakan menunggu di hadapan rumah bekas teman wanitanya iaitu Sanatsada Piwita. Kehadirannya menyebabkan wanita itu berasa takut dan kemudian meminta bantuan rakannya yang juga seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Thai yang bernama Thanonsak Pruemarporn.

Charawit melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan milik Sanatsada, lalu bertindak mengheret wanita itu keluar dari kenderaan tersebut sebelum membelasahnya.

Susulan itu, untuk melindungi dirinya dan Sanatsada, Thanasok berindak pantas dengan menembak Charawit namun tembakannya mengenai perut dan kemaluan Charawit sehingga menyebabkan kematian.

Menurut penjelasan Sanatsada, motif Charawit berbuat demikian adalah kerana dia didakwa enggan menerima kenyataan bahawa hubungan mereka telah berakhir.

Ekoran kejadian itu, Thanasok menghadapi pertuduhan kerana membawa senjata api di tempat awam tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, polis menyatakan bahawa siasatan menyeluruh tetap akan dijalankan.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×