berita

Lelaki Maut Tercekik Daging Ketika Jamah Sup Tulang

July 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dipercayai akibat tercekik makanan ketika menikmati hidangan sup tulang di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jertih.

Maut tercekik sup tulang

Memetik laporan Harian Metro, arwah yang dikenali sebagai Wan Azlan, 28 tahun dikatakan baru sahaja pulang dari kerja kira-kira jam 5:15 petang (12 Julai). Menurut Kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak, adiknya itu kemudian pergi ke dapur untuk memanaskan singgang daging (sup tulang) sebelum dimakan.

Jika diikutkan sebelum ini dia tidak pernah makan singgang daging lembu, lauk kegemarannya adalah ayam dan dia juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang ikan.

Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan telah tercekik daging. Mangsa yang mengalami kesukaran untuk bernafas sempat meronta-ronta meminta pertolongan ibunya.

Semasa mengemas dapur, dia makan daging singgang lalu tercekik daging, mungkin disebabkan lapar baru balik kerja dia terus menelan saja daging itu walaupun uratnya sedikit liat susah hancur.

Keluarga reda pemergian arwah

Sekadar gambar hiasan

Tambah Wan Suria, dia yang menyaksikan insiden itu turut menghulurkan bantuan namun tidak berjaya. Dia sebaliknya meminta adiknya itu mengucap dua kalimah syahadah.

Arwah kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia. Wan Suria akui terkejut dengan insiden yang berlaku namun mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

Mungkin naluri seorang ibu pada raya kedua Aidiladha secara tiba-tiba dia berkata jika Lan tiada pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga.

Menurut sumber, arwah selamat dikebumikan kira-kira 12 malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×