Di Facebook (FB), tular satu hantaran yang dikongsikan seorang lelaki mengenai kesedihannya meminta bantuan orang ramai selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di tepi jalan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Momen Wanita India Suap Makanan Pada Pesakit Lelaki Di Wad Undang Sebak – ‘Love You So Much Aunty’
Minta tolong, tapi kereta tak berhenti
Menerusi hantaran tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ariff Ahmad menjelaskan bahawa ketika kejadian dia sedang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar untuk membawa bapa mentua tinggal bersama dengannya.
Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila van kepunyaannya mengalami kerosakan dan bapa mentuanya meninggal dunia di tepi jalan.
Al-fatihah untuk bapa mentua, baru nak bawa tinggal di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.
Kami dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini.
Kami berdua saja dan sekarang membuatkan air mata saya mengalir.
Tambah Ariff, kematian bapa mentua kemudiannya disahkan oleh pihak Hospital Tuaran yang datang ke lokasi kejadian.
Namun, pihak Hospital memintanya untuk menguruskan sendiri jenazah arwah bapa mentuanya. Selepas dua jam menunggu, van jenazah akhirnya tiba di lokasi kejadian dengan bantuan daripada beberapa orang rakannya.
Syukur pengebumian mentua selesai
Menerusi hantaran terbaharu, Ariff meluahkan rasa syukurnya apabila urusan pengebumian bapa mentuanya itu berjaya dilakukan.
Menurut Ariff, ini merupakan kali pertama dalam hidupnya berdepan dengan situasi genting.
Berkongsi mengenai kejadian, Ariff memaklumkan bahawa dia cuba untuk melambaikan tangan meminta pertolongan daripada kereta yang lalu lalang di jalan tersebut namun tiada satu pun kereta yang berhenti memberikan bantuan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa Ariff dan mendoakan agar dia dan keluarga sentiasa tabah dengan dugaan tersebut.
Sumber: Facebook Mohd Ariff Ahmad