berita

Lelaki Mengaku Salah Bunuh 9 Rakan Twitter, Simpan Dalam Peti Ais

October 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang lelaki  yang dikenali sebagai Takahiro Shiraishi bertindak kejam apabila bertindak membunuh dan menyimpan sembilan mayat di rumahnya sendiri. Modus operandi yang digunakan oleh Takahiro adalah melalui platfom Twitter untuk mengumpan mangsanya. Kejadian ngeri ini berlaku di Jepun dan dilakukan sekitar tahun 2017 sebelum dia berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Simpan dalam peti sejuk

Foto: South China Morning Post

Takahiro bertindak menyimpan lapan mayat wanita dan seorang mayat lelaki yang menjadi mangsanya di dalam peti sejuk. Ketika dibicarakan, peguamnya menggesa supaya tuduhan tersebut dikurangkan kerana mangsanya ada kecendurungan untuk membunuh diri dan rela untuk dibunuh. Dia juga didakwa mencuri wang tunai daripada mereka yang menjadi mangsa dan menyerang secara seksual kepada semua mangsa wanita.

Dipercayai Takahiro turut mempunyai hutang dengan seorang wanita sebanyak 360, 000 yen (kira-kira RM 14,150.65). Kelakukan jahat Takahiro mula dihidu oleh pihak polis apabila pihak polis mengunjungi flat Takahiro pada Oktober 2017. Ketika serbuan dibuat, pihak polis menjumpai beberapa peti sejuk yang menyimpan bahagian badan seorang wanita yang telah menjadi mangsanya. Mangsanya berusia 16 tahun sehingga 25 tahun.

Takahiro menggunakan Twitter untuk berhubung dengan mangsanya yang meluahkan hasrat mahu membunuh diri melalui platfom media sosial dan dia sanggup membantu dan menjelaskan dia mahu mati bersama mereka.

Mengaku bersalah

Gambar sekadar hiasan

Takahiro turut mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dah menyimpan sembilan mayat di flatnya. Dia juga dipercayai mencekik dan mengerat mangsanya dari Tokyo dan empat wilayah lain dari bulan Ogos hingga Oktober tahun 2017. Ketika pertuduhan dibuat, Takahiro tidak menafikan sebarang pertuduhan yang dijatuhkan kepadanya. Namun, peguamnya menyatakan mangsa sebenarnya rela dibunuh oleh Takahiro demi mempertahankan anak guamnya.

Menerusi sejarah di komputernya terdapat bukti yang dia telah membeli alat seperti mesin pencincang dan gergaji. Dia juga sempat belajar cara untuk mengikat tali leher yang dipercayai digunakan untuk menjerut mangsa. Jika Takahiro didapati bersalah atas tuduhan membunuh, dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di Jepun.

Mahkamah sehingga kini masih belum menjatuhkan sebarang hukuman kepadanya dan akan bersambung pada perbicaraan yang berikutnya.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×