berita

Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan

December 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta jenis Perodua Axia milik seorang wanita yang merupakan isterinya mengundang padah apabila dia telah ditahan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut

Sudah ditahan polis

Ujar Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir menerusi laporan Harian Metro insiden tersebut berlaku pada 13 Disember (Isnin) yang lalu pada jam 10.37 pagi di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya sebelum tersedar diekori oleh suaminya yang menunggang motosikal jenis Honda Waze.

Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.

Mengulas lebih lanjut, suspek dikatakan sempat memberikan alasan mahu memberikan wang kepada anak mereka bagaimanapun, mangsa ketika itu hanya membuka sedikit tingkap sebelum suspek bertindak sedemikian rupa.

Susulan dairpada insiden tersebut, serpihan kaca cermin kereta itu dipercayai terkena anak mangsa dan menyebabkan mereka terkejut.

Laporan sudah dibuat

Satu laporan sudah dibuat oleh mangsa kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kejadian adalah di tepi jalan berhampiran kawasan rumah mangsa.

Kini, suspek telah pun ditahan pada hari yang sama dan akan direman selama empat hari bermula semalam hingga 17 Disember ini. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×