berita

Lelaki Mengamuk & Tendang Pintu Kereta Sebab Tak Layan Jual Phone. Bila Siasat, Orang Sama Yang…

December 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Syadiyah, berkongsi detik cemas yang menimpa ayahnya sewaktu berada di sebuah stesen minyak di Setia Alam, Selangor.

Menurut wanita tersebut, seorang lelaki telah mengamuk dan menendang pintu kereta ayahnya kerana enggan membeli sebuah telefon bimbit yang dijual. Lebih teruk, lelaki itu turut menumbuk cermin tingkap kereta ayahnya.

Hati-hati nak isi minyak

Kepada warga Meru/Setia Alam, hati-hati jika nak isi minyak di Petronas Setia Alam. Petang tadi papa saya baru kena. Ada lelaki datang dengan anak dia kononnya nak jual fon. Bila papa tak nak beli, dia mengamuk lepas tu tendang pintu belah driver and tumbuk cermin tingkap nak pecahkan. Alhamdulillah papa tak apa-apa cuma pintu kereta sajalah teruk. Katanya memang tadi ramai yang kena and orang yang sama dulu pernah kena tangkap masuk penjara. Hati-hati semua dan semoga Allah lindungi kita dari benda-benda buruk seperti ini. Amin.

Menurut Farah, seorang lelaki bersama anaknya telah datang menghampiri ayahnya sewaktu hendak mengisi minyak. Lelaki tersebut hendak menjual telefon kepada ayahnya. Namun, ayahnya tidak membeli telefon yang dijual itu. Susulan daripada itu, lelaki tersebut dipercayai mengamuk dan tendang pintu kereta ayahnya. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut didakwa menumbuk cermin tingkap dan hendak memecahkan cermin tersebut.

Farah turut meluahkan rasa syukur kerana ayahnya tidak mengalami sebarang kecederaan. Di akhir posting tersebut, Farah menunjukkan bukti laporan polis yang dibuat oleh ayahnya. Jelasnya, semua individu perlu berhati-hati sekiranya berdepan situasi tersebut.

Pernah baca pasal dia

Inilah dia rupanya lelaki yang tendang kereta papa tadi. Dah agak dah pakcik toratora kereta BDT tu. Dulu pernah baca juga pasal dia ni, tapi lepas tu macam senyap je. Tak sangka lately ni dia muncul kembali dan papa sendiri yang kena.

Terbaru, Farah turut memaklumkan individu yang menjual telefon bimbit tersebut merupakan individu yang pernah melakukan perbuatan yang sama suatu masa dahulu. Jelasnya, individu terbabit pernah dimasukkan ke dalam penjara sebelum ini.

Tolong viralkan

Kejadian berlaku di petronas setia alam. Please viral kan seblum ibu ayah adik beradik korang terkena. Seorang lelaki selalu membawa anak perempuannya ke sini untuk meminta duit pada orang ramai. Alasan kereta rosak dan nak beli beteri kereta. Bukan sikit-sikit dia minta. Sampai 200 ke 250 sehari dia boleh cecah 1000 ke 1500 tau. Dari tengah hari sampai malam. Hati-hati la kalau singgah kat sini ye. Sebelum terkena. Please shared.

Kejadian berlaku di tesco shah alam seksyen 13 pd 3/12/2020 pada jam 3:30 petang. Minta berhati-hati guys dengan keluarga ni. Datang menagih simpati kata kereta rosak dan meminta sedikit wang untuk bayar pomen yang baiki kereta beliau kerana beliau belum gaji dan hanya mmpunyai cash rm20. Beliau juga memberitahu akan membayar balik duit yang di pinjam serta memberi kepercayaan dengan mencagar phone anak beliau. Kejadian yang sama berlaku di tesco shah alam seksyen 13 pd 16/12/2020 pada jam 3:00 petang dan jalan cerita yang sama. Kejadian ini juga pernah berlaku di setia alam.

Di Facebook, beberapa orang netizen turut berkongsi kisah yang sama mengenai individu tersebut. Rata-rata netizen mendakwa individu tersebut suka meminta wang dan berjanji akan memulangkan semula wang yang dipinjam. Antara alasan yang diberikan kepada mangsa ialah belum menerima gaji, kereta rosak dan hendak membeli bateri kereta.

Sumber: Farah Syadiyah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×