berita

Lelaki Meninggal Dunia, Kedai Dirempuh Pemandu Tiba-Tiba Pitam

November 22nd, 2021 | by Iman
Kini Trending

Seorang lelaki yang dikatakan tiba-tiba pitam ketika sedang memandu telah merempuh sebuah kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah MRR2, Kampung Pasir, semalam sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja kedai.

Bebas alkohol

Menurut Mohamad Farouk Eshak, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, hasil ujian dan siasatan yang dilakukan mendapati bahawa pemandu itu bebas alkohol dan tidak mabuk seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Manakala mangsa yang juga pekerja kedai berusia 20-an disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang

Ujarnya lagi, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Preve itu pitam dan telah menyebabkan dia hilang kawalan semasa melalui jalan terbabit sebelum terbabas lalu merempuh masuk ke dalam kedai.

Sampel darah pemandu kereta diambil untuk dianalisis. Saksi bebas yang menyaksikan kejadian diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×