berita

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Bermain Badminton

January 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Asssam, Taman Raja Idris di Taiping.

Meninggal masa main badminton

Memetik laporan Astro Awani, mangsa yang dikenali dengan nama Lim Thian Meng berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terus rebah selepas dia menunduk dan memberikan bulu tangkis kepada rakannya. Berikutan daripada itu, rakan mangsa telah menghubungi Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan petugas ambulans mengesahkan mangsa yang berusia 47 tahun itu sudah meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat, setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan terbaring di lantai gelanggang badminton.

Pemeriksaan tubuh badan tidak menemui sebarang tanda-tanda berunsurkan jenayah.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sementara hasil temu bual bersama ahli keluarga mangsa, mereka memaklumkan mangsa sebenarnya menghidap penyakit darah tinggi.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×