berita

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Sejam Kebumi Emak

June 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Shari Saidin berkongsi kisah duka keluarganya apabila mereka kehilangan dua insan tersayang pada hari yang sama.

Menurutnya, selepas selesai menguruskan jenazah ibu tercinta, abang sulungnya tiba-tiba mengaku kelabu mata dan pedih dada sebelum rebah dan meninggal dunia.

Tak ada sebarang tanda

Tiada sebarang tanda pun abang akan pergi tinggalkan kami, tinggalkan isteri, tinggalkan 5 orang cahaya mata yang masih kecil, masa kebumikan mak abanglah orang yang paling kuat, abanglah orang yang paling tenang. Seperti tidak percaya, apa yang berlaku bagaikan mimpi, kisah yang terjadi ibarat drama tv yang telah disusun atur perjalanannya. Kisah duka keluarga kami bermula petang selasa 23.6.2020 apabila mak mengadu sakit dada, kami terus bawa mak ke klinik besar Kangar sebab time tu dah pukul 5 lebih, klinik terdekat dah tutup.

Pagi tu mak okey ja, siap boleh pi kedai, berjalan bersembang dekat rumah jiran. Mak memang dah ada darah tinggi, kencing manis & kolestrol tinggi. Sampai di klinik Kangar doktor check bacaan jantung mak tak berapa cantik, mak terpaksa ditahan ward HTF Kangar. Hari pertama di ward mak jadi berselera makan, tidur pun lena, sebelumni dekat rumah mak tak macam tu, makan tak berapa selera, payah nak tidur.

Menurut Shari, ibunya meninggal dunia selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital. Tambahnya, tiada seorang pun yang sedar ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu itu dan kesemua mereka tiada di sisi. Namun, mereka sekeluarga tabah dan redha dengan perancangan Allah.

Abang orang paling kuat

Sabtu pagi lagi mak dimandikan. Kami anak beranak bersama memandikan mak buat kali terakhir. Abang sulung kami dialah orang yang paling kuat menguruskan jenazah mak. Mak disolatkan dirumah dalam jam 10.30 pagi macamtu. Selesai solat mak terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan diiringi cuaca yang sangat baik, redup ja. Abang kami (berbaju melayu biru dalam gambar) dia orang pertama yang turun ke liang lahad. Jam 11.15 pagi jenazah mak selesai dikebumikan, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Semua orang beransur pulang, aku dan abang antara orang terakhir yang bergerak keluar dari tanah perkuburan. Jam 11.30 pagi abang yang berehat untuk redakan letih tetiba mengadu kelabu mata & pedih dada, abang tetiba rebah dan separuh sedar. Kami adik beradik yang masing-masing berehat untuk redakan letih tetiba didatangi suasana kecoh. Kami cuba bagi bantuan awal dekat abang, urut-urut seluruh badannya, sapu badan dengan kain basah. Masa ni badan abang sangat sejuk seperti direndam ais batu, kebetulan ada seorang sudara mara anggota RELA yang ada sedikit asas, dialah yang bantu sementara menunggu ambulans sampai. Abang memang dah ada penyakit kencing manis & kolestrol tinggi.

Selepas selesai menguruskan jenazah ibu mereka, adik-beradik Shari mengambil kesempatan untuk berehat sebentar untuk menghilangkan lelah. Namun, dia dikejutkan apabila abang sulung mereka tiba-tiba mengaku kelabu mata dan pedih dada sebelum tiba-tiba rebah. Suasana menjadi kecoh sebelum abangnya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Keluarga kami diuji sekali lagi

Abang terus dibawa ke HTF kangar diiringi isterinya. Masa ni abg masih separuh sedar. Kami dirumah semuanya dah gelisah, apa lagi dugaan yang akan datang. 10 minit dalam perjalanan ke hospital abg dah mula tak sedarkan diri. Bantuan oksigen terus diberikan dalam ambulans. Jam 12.30 ambulans sampai ke hospital, abang terus dibawa masuk ke zon merah, doktor sedaya upaya untuk kembalikan degupan jantung abang, 30 minit berlalu jam 1 abang disahkan meninggal dunia.

ALLAHUAKHBAR! Keluarga kami diuji sekali lagi, terasa bagaikan tidak percaya, abang pergi buat selamanya meninggalkan alam dunia mengikut emak hanya selepas sejam selesai kebumikan mak, dunia bagaikan gelap seketika, saudara mara yang tadinya masing-masing dah sampai rumah dikejutkan dengan satu lagi berita kematian.

Ya semua orang akan merasakan kehilangan, tapi orang yang tidak pernah melaluinya tak akan dapat mendalamai apa yg kita rasakan, peritnya kesakitan yang kita lalui, kesakitan rindu yang tiada berpenghujung, rindu pada orang yang sudah tiada. Kini hanya doa & sedekah yang dapat aku kirimkan. Semoga tenang disana ibu dan abang.

Jelasnya lagi, meskipun kehilangan ini merupakan satu tamparan besar buat dirinya, dia berjanji akan menggalas tugas sebagai waris buat keluarganya.

Sumber: Mohd Shari Saidin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×