berita

‘Lelaki Muda Ini Mempunyai Hati Emas..’ – Tersentuh Ucapan Pelajar Ini, Tony Fernades Hadiahkan Tiket Pergi Umrah

December 10th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah rezeki seorang pelajar Diploma Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rifqi Saipul Nizam yang menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah.

Pada awalnya pelajar ini sekadar berkongsi impiannya mahu membawa ibu bapanya ke Makkah ketika Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di kampus itu. Namun siapa sangka ucapannya itu membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes tersentuh.


Tersentuh dengan hati emas pelajar ini

Sebagai pengarah UNISZA, saya pergi untuk berbincang dengan para pelajar, melawat kampus dan memikirkan cara-cara baru untuk meningkatkan pendapatan kerana kekurangan dana dari kerajaan. Semasa ucapan saya, saya tersentuh oleh budak lelaki muda ini yang mempunyai hati emas dan impiannya untuk membawa ibu bapanya ke Mekah.

Dia bertanya kepada saya bagaimana saya bermotivasi untuk membuat impian saya menjadi kenyataan. Pada akhir ucapan, saya membuat impiannya menjadi kenyataan. Dan reaksinya membuatkan hidup saya bahagia.

Sudah lama simpan hajat

Memang terkejut apabila saya dipanggil semula dan beliau (Tony) mengatakan kisah saya menginsipirasikan dan menggembirakannya. Perasaan bercampur baur apabila beliau mengatakan akan memberikan saya tiket untuk menunaikan umrah.

Sudah lama saya menyimpan hajat ke sana. Alhamdullilah, ia bakal tercapai dan rezeki itu memang tidak salah alamat.

Menerusi Harian Metro, pelajar itu tidak menyangka akan menerima kejutan sebegitu  apabila dia hanya sekadar mahu mengetahui rahsia kejayaan Tony kerana menjadikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad sumber inspirasinya.

Menurutnya lagi, perkara itu merupakan kenangan paling terindah dalam hidupnya.

Ibu bapa adalah inspirasi saya

Ketika sesi soal jawab itu, saya turut berkongsi kepada semua yang hadir bahawa ibu bapa saya adalah inspirasi saya untuk terus kuat mengejar impian. Saya beritahu impian saya untuk membawa orang tua saya ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan fardu haji atau umrah kerana mereka insan penting dalam hidup saya.

Saya sekadar berkongsi impian dan tidak sangka beliau mahu menunaikannya menjadi kenyataan.

Muhammad Rifqi menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah bersama ibu bapanya kerana menjadi individu pertama bertanya soalan kepada Tony. Memang bertuah sungguh.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×