Foto: SkySport
Umum mengetahui, pemain bola sepak terkenal Lionel Messi mengesahkan beliau telah meninggalkan Kelab Barcelona dan menyertai Kelab Paris Saint Germain (PSG).
Berita tersebut bagaimanapun, membuatkan rata-rata penyokong kelab tersebut berasa sedih dan Lionel Messi dilihat sempat mengesat air matanya menggunakan tisu semasa rakaman siaran langsung majlis perpisahan itu.
Jual sapu tangan yang digunakan Lionel Messi
Foto: IndoZone
Memetik laporan IndoZone, seorang penjual didakwa bertindak menjual tisu yang dipercayai telah digunakan oleh Lionel Messi semasa hari perpisahan tersebut dengan harga yang agak lumayan. Difahamkan, penjual tersebut menjual tisu itu secara atas talian dengan harga 1 juta dolar (kira-kira RM4.2 juta).
Tidak berakhir di situ, penjual itu juga mendakwa dirinya seolah-olah mendapat harta karun yang begitu berharga walaupun ianya cumalah sehelai tisu yang telah digunakan.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila penjual tersebut juga mendakwa tisu tersebut mengandungi genetik Lionel Messi. Lionel Messi dilaporkan telah berpindah ke PSG dan menandatangani kontrak dengan kelab Perancis selama dua musim.
Sumber: IndoZone