Foto: Metro.Co
Tindakan seorang lelaki muda di Pennsylvania, Amerika Syarikat yang didakwa bersembunyi di loteng rumah seorang gadis mengundang padah apabila dia dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis.
Apa yang lebih mengejutkan apabila lelaki ini dikatakan keluar daripada tempat tersebut pada waktu malam dan bertindak merakam gadis ini ketika dia sedang tidur.
Tindakan luar kawalan
Foto: Metro.Co
Memetik laporan Metro.Co, lelaki yang dikenali sebagai Mauricio Damian Guerrero, 20 dikatakan obses dengan gadis berusia 24 tahun selepas bertemu menerusi aplikasi OnlyFans. Lelaki ini didakwa membuat salinan kunci rumah gadis ini dan pihak polis turut menjumpai video mangsa tidur dalam keadaan bogel.
Difahamkan lelaki ini bersembunyi di atas loteng dan menungggu sehingga mangsa tertidur sebelum dia bertindak merakamnya. Mangsa yang dikenali sebagai NR menyedari terdapat sesuatu ‘pelik’ selepas ibunya mendengar terdapat bunyi yang dipercayai datang dari loteng rumah mereka.
Lelaki ini telah ditahan oleh pihak polis selepas dia memanjat keluar dari loteng berkenaan dan menuju ke atas bumbung pada 9 Februari yang lalu.
Dah masuk 4 kali
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, lelaki berkenaan didakwa telah masuk ke rumah berkenaan sekurang-kurangnya empat kali dan turut akui telah merancang untuk memasang alat pengesan pada kereta gadis tersebut.
Ujar Timbalan peguam Daerah Strafford, Emily Garod, lelaki tersebut telah pun dibebaskan.
Tetapi ia adalah kebimbangan berterusan, keselamatan mangsa semasa kes ini belum selesai, jadi sebab itu kami meminta dia ditahan sementara menunggu perbicaraan.
Guerrero berdepan dengan empat pertuduhan jenayah termasuk pecah rumah bagaimanapun dia telah dibebaskan dari penjara minggu lalu dan turut dipakaikan gelang pengesan bagi memastikan dia tidak melanggar perintah larangannya.
Sumber: Metro.Co