Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) mental ditemui tidak bernyawa oleh ibunya di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai.
Mati tergantung dalam bilik
Sekadar gambar hiasan
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, mangsa, 48, ditemui mati dalam keadaan tergantung pada bahagian siling rumah terbabit.
Berdasarkan keterangan ibunya, lelaki itu keluar dari bilik untuk bersarapan sebelum masuk semula ke dalam biliknya.
Ibunya kemudian masuk ke bilik tersebut pada pukul 2.15 petang dan mendapati anaknya dalam keadaan tergantung dan sudah tidak sedarkan diri.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kekurangan oksigen di otak dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemurungan atau tertekan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) di talian 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
Sumber: Kosmo