Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) maut ditembak ketika membuat sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Selasa lalu.
Mati dibunuh ketika live di TikTok
Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Pedro Luis Toala Rezabala, 33, ditembak oleh individu yang tidak dikenalinya. Ketika kejadian, mangsa yang berkerusi roda bersama seorang rakannya dilihat berada di luar rumah sambil membuat siaran langsung. Namun tiba-tiba mereka berdua dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lagi individu (suspek ketiga) bertindak melepaskan tembakan ke arah kepala Pedro manakala rakan Pedro sempat menyelamatkan diri.
Detik ngeri itu juga disaksikan oleh pengikut yang mengikuti siaran langsung mangsa.
Ketiga-tiga kemudian berjaya melarikan diri dan sehingga kini pihak berkuasa Amerika masih menjejaki suspek.
Sumber: Daily Mail