berita

Lelaki Panik Kaki Kena Tarik Orang Utan

June 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Video memaparkan seekor orang utan yang bertindak ‘menarik’ kaki seorang pengunjung yang dipercayai sedang berada di zoo tular di media sosial.

Video penuh:

Menerusi video pendek dikongsi Fakta Indonesia di laman Instagram, memaparkan tindakan luar kawalan seekor orang utan yang bertindak menarik kaki seorang lelaki sebelum cuba diselamatkan oleh individu yang turut berada di tempat kejadian.

Apa yang lebih mengerikan, apabila orang utan tersebut dilihat seolah-olah tidak mahu melepaskan kaki mangsa dan bertindak memeluk bahagian tersebut dengan begitu urat.

Suara mangsa yang meminta tolong turut jelas kedengaran bagaimanapun ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana dan bila serta keadaan terkini mangsa.

Kakiku, kakiku ditarik. Tolong!

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan mendapat hampir 235k tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya. Menerusi ruangan komen, netizen berpendapat kejadian seumpama ini secara tidak langsung membuatkan mangsa trauma.

Lepas ini mesti tak mahu ke situ.

Pasti ada sebab kenapa ia berlaku.

Sumber: Fakta Indonesia

SKIP THIS AD ×