berita

Lelaki Panik Teman Wanita Hamil, Nekad Pukul & Tikam Sampai Mati

December 2nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki dari Tasikmalaya, Indonesia nekad membunuh kekasihnya dengan cara yang mengerikan selepas mengesyaki wanita tersebut hamil.

Artikel Berkaitan: Berang Tak Dilayan Ketika Bercakap, Lelaki Acu Pisau Dekat Leher Teman Wanita

Suspek panik

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Serambinews, suspek panik selepas teman wanitanya mengaku tidak datang haid sejak dua bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Bandaraya Tasikmalaya, AKBP SY Zainal Abidin, mereka membuat keputusan untuk berjumpa di kampus tempat suspek belajar.

Kemudian suspek dan mangsa menunggang motosikal menuju ke kawasan sunyi iaitu Kampung Sedaleuwih.

Setibanya di lokasi kejadian, suspek dan mangsa bertengkar, kerana sebelum ini mangsa bersetuju untuk menggugurkan kandungan.

Walau bagaimanapun, di tempat kejadian, suspek tidak menerima bukti atau pengakuan daripada mangsa bahawa dia telah menggugurkan kandungan.

Perkara itu telah membuatkan suspek marah lalu memukul bahu dan kepala mangsa menggunakan kayu sebanyak lima kali, namun apabila melihat mangsa masih hidup, suspek mengeluarkan pisau dan kemudian menikam mangsa.

Bukan itu sahaja, suspek turut mencederakan leher mangsa menggunakan senjata tajam.

Selepas itu, suspek menolak mayat mangsa yang tidak bernyawa ke dalam semak dan pulang ke rumah seperti biasa.

Namun, pada keesokan harinya, polis berjaya menahan suspek.

Sumber: Serambinews

SKIP THIS AD ×