berita

Lelaki Pedofilia Telefon Polis Sebelum Mengaku Jerut, Tikam & Bunuh Anak Saudara

November 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kes kecenderungan seks membabitkan kanak-kanak atau pedofilia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini ternyata membimbangkan kerana tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak tergolong dalam golongan tidak mampu melawan selain mudah dimanipulasi.

Menerusi Twitter Naufal Antezem, lelaki ini berkongsi kisah pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan bapa saudaranya yang merupakan seorang pedofilia. Kejamnya!

Ditikam berulang kali

“Hello. Saya nak maklumkan satu pembunuhan yang berlaku di rumah saya. Pembunuhnya adalah saya dan saya bunuh kerana saya rasa saya nak bunuh”.

Tia Rigg, mangsa pembunuhan bapa saudara padofilia. Lehernya dijerut tali gitar, ditikam berulang kali. 3 April 2010, Manchester, John Maden telah menelefon ibu kepada Tia Rigg kononnya ingin minta bantuan Tia untuk menjaga anaknya yang berusia 10 tahun di rumahnya. Tia Rigg merupakan anak saudara kepada John. Tiada apa-apa yang mencurigakan dengan bantuan tersebut.

Sekitar jam 3 petang, Tia tiba di rumah John sebelum Tia diberi dadah jenis antipsychotic tranquilizer yang merupakan ubat kepunyaan John. Tia tidak sedarkan diri. Berpandukan contoh-contoh ‘katalog’ penyeksaan seksual kanak-kanak, John kini sedia untuk merealisasikan ketagihannya. Leher Tia telah dijerut dengan tali gitar ug disahkan sebagai punca utama kematiannya selain Tia telah ditikam pada bahagian abdomen. Sekitar jam 3.45 petang, John menelefon sendiri pihak polis bagi memaklumkan ada pembunuhan yang berlaku di rumahnya.

John begitu tenang menelefon pihak polis dan maklumkan dia sendiri yang telah membunuh Tia. Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, dia hanya menjawab dia memang terasa nak bunuh Tia. Beberapa minit kemudian pihak polis tiba di kediaman John. Pihak polis menemui mayat Tia dalam keadaan terlentang, tidak berpakaian kecuali stokinnya sahaja. Tali gitar masih terjerut pada lehernya dengan kedua-dua belah tangannya diikat dengan tali kasut pada bahagian belakang badan. Darah berlumuran di bilik tersebut.

Mengimpikan saat yang sesuai

Sekadar gambar hiasan

Berhampiran mayat mangsa juga ditemukan sebatang penyapu, dua bilah pisau dan alat mainan seks. Kesemuanya berlumuran darah dan dipercayai digunakan untuk mendera Tia. Bedah siasat mengesahkan Tia mengalami kecederaan dalaman yang serius hasil daripada penggunaan objek yang ditemui berhampiran mayatnya. Namun punca utama kematiannya adalah akibat jerutan pada leher Tia. Apa menyebabkan John tergamak membunuh anak saudaranya sendiri?

John setelah sekian lama mengimpikan saat yang sesuai untuk merealisasikan ketagihannya selama ini iaitu penderaan seksual kepada kanak-kanak dan rogol. Pihak polis menemui ratusan gambar dan video kanak-kanak secara seksual dan juga dalam keadaan yang sangat teruk. Dalam telefon bimbitnya sendiri terdapat beberapa file yang menyimpan koleksi gambar dan video bahan lucah kanak-kanak termasuk rogol secara ganas dan pelbagai lagi jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.Penjenayah tidak mengenal sesiapa. Dalam kes ini, Tia yang merupakan anak saudara kepada John juga dianiaya tanpa sebarang belas kasihan. Sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda dan juga komuniti sekitar anda.

Sumber: Naufal Antezem

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×