Mayat manusia tanpa kepala ditemui di sebuah rumah di kawasan ladang getah di daerah Kanchanadit, Thailand pada Isnin.
Mayat tanpa kepala
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan The Thaiger, mangsa yang dikenali sebagai Sangiam Penrum, 53, dipercayai dibunuh oleh jirannya. Kepala mangsa didakwa dipenggal atas tujuan ritual korban manusia yang dilakukan oleh suspek. Menurut sumber, pihak polis turut menemui sebilah pisau berhampiran mayat mangsa yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut. Namun, sehingga kini kepala mangsa masih belum ditemui.
Sementara itu, penduduk kampung percaya bahawa Sangiam dibunuh oleh seorang lelaki bernama Kung. Hal ini kerana, Kung dilihat telah menggali beberapa kawasan untuk mencari harta karun selepas melakukan ritual aneh. Kung telah ditahan untuk membantu siasatan.
Sekadar info, mangsa telah bercerai dengan isterinya dan mereka memiliki seorang anak lelaki. Selepas berpisah, mangsa tinggal bersama ibu mertuanya tetapi pada hari kejadian, wanita itu tiada di rumah dan tiada saksi yang menyaksikan pembunuhan tersebut.
Sumber: The Thaiger