Tidak tahan asyik disoal mengenai rumahtangga, seorang lelaki dari Terengganu bertindak menggantung poster di kawasan Kuala Dungun. Poster yang digantung memaparkan wajah dan maklumat peribadi mengenai dirinya. Tidak malu dengan langkah yang diambil, Nooraziro Abdullah berhasrat menamatkan zaman bujang secepat mungkin.
Terbaru, lelaki ini dikhabarkan sudah jumpa calon isteri yang ditunggu-tunggu. Walau bagaimanapun mereka masih dalam proses berkenalan.
Dalam proses berkenalan
Menerusi laporan MalayMail, lelaki yang berasal dari Marang Terengganu ini sedang berkenalan dengan seorang kerani berusia 33 tahun dari Kuala Terengganu. Selepas beberapa minggu berbalas mesej, Aziro yang ditemani adik, Noorazira Abdullah nekad untuk bertemu empat mata.
Kami masih dalam proses berkenalan memandangkan hubungan kami masih di peringkat awal.
Walaupun dia bersetuju untuk menjadi isteri, kami rasa kami perlu mengenali dengan lebih dekat.
Katanya lagi, wanita tersebut mula menghubunginya selepas melihat poster yang dipaparkan. Adik perempuan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada abang untuk memilih bakal isteri kerana terdapat lagi beberapa calon lain.
Orang Indonesia pun ada mesej!
Saya tak mahu terlalu memilih dengan calon pilihan abang.
Asalkan dia dapat menerima abang dan kami sekeluarga itu pun sudah memadai. Abang saya tukang rumah sahaja, dia gantung poster tersebut untuk mencari isteri yang menerima dirinya seadanya.
Jelas Aziro lagi, walaupun poster berkenaan sudah diturunkan pihak berkuasa. Dia masih menerima panggilan dan mesej dari beberapa orang termasuk dari Klang, Johor, Sarawak dan Indonesia. Namun buat masa ini, dia hanya mahu fokus kepada hubungannya dengan kerani tersebut.
Sumber : MalayMail