Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan media sosial sekarang begitu meluas dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Selain bertujuan untuk berkomunikasi, media sosial ini juga dikatakan sebagai satu platform untuk ‘mencari jodooh’.
Namun lain pula kisahnya yang dihadapi oleh seorang gadis, Sandra apabila gambarnya telah dicuri oleh individu yang tidak dikenalinya. Apa yang lebih mengejutkan apabila individu tersebut mendakwa Sandra merupakan kekasihnya.
‘Fake relationship’
Menurut gadis ini, dia sangat terkejut apabila menyedari gambar-gambar yang dimuatnaiknya di laman Twitter telah ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab itu. Bukan itu sahaja, lelaki yang dikenali dengan nama Dediawan Rinto turut berkongsi perbualan mesra bersama seorang gadis yang didakwa sebagai Sandra di laman Instagram miliknya.
Perbualan palsu
Perbualan mesra tersebut dikongsikan lelaki berkenaan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka merupakan pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh (LDR) sedangkan Sandra sendiri langsung tidak mengenali individu tersebut.
Curi gambar dan video
dia ambil foto2 gue di twitter terus di upload di highlight instagram dia. dia sampe bikin fake chat juga seolah2 gue chat sama dia padahal kenal juga enggak? pic.twitter.com/3nF4lnB9cp
— Sandra (@sandrashfra) January 5, 2020
Kejadian itu disedari oleh salah seorang rakan Sandra. Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada Sandra. Menurut Sandra, dia telah menghubungi lelaki berkenaan dengan tujuan untuk menyelesaikan segala salah faham tersebut.
Tetapi lain pula yang jadinya apabila lelaki itu dikatakan langsung tidak mengendahkan tegurannya malah dia tetap berdegil dan mendakwa Sandra merupakan teman wanitanya.
Deactive akaun Instagram
‘Sejak bila saya jadi bekas kekasih dia?’
Tidak cukup dengan itu, menerusi highlight di Insta Storiesnya, lelaki tersebut turut memutarbelitkan cerita dengan memuatnaik beberapa screenshot perbualan bersama gadis yang dianggap sebagai teman wanitanya itu.
Rupanya nak cemburukan bekas kekasih
Namun segala persoalan terjawab apabila individu tersebut telah berterus terang dan menceritakan perkara sebenar.
Sementara itu, rakan lelaki ini juga turut tampil mendedahkan motif individu itu membuat ‘fake relationship’ dengan menggunakan gambar Sandra. Menurutnya semua ini berlaku kerana lelaki tersebut ingin ‘membalas dendam’ dan menyakitkan hati bekas kekasihnya.
Sumber: Sandra