Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui tergantung di ruang dapur di sebuah kawasan perumahan di Kuala Kedah, dalam satu kejadian petang semalam.
Mayat tergantung di dapur
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, kejadian tersebut hanya disedari oleh abangnya sekitar jam petang iaitu selepas pulang dari laut. Pihak polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung penemuan mayat remaja terbabit.
Hasil temu bual dengan abang si mati, dia memaklumkan ternampak adiknya dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka. Si mati adalah anak bongsu dari empat beradik dan bekerja sendiri.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro