berita

Lelaki Rakam, Upload Video Mohon Maaf Kepada Anak Di Youtube Lepas Bunuh Isteri Curang

October 26th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Texas, Amerika Syarikat, seorang isteri telah dibunuh oleh suaminya sendiri akibat tindakannya yang curang. Si suami yang dikenali sebagai Trent Paschal, 48 tahun membunuh isterinya Savannah Pascal, yang berusia 30 tahun di rumah mereka di Houston.

Dikatakan curang dengan suaminya

Foto: Mirror UK

Memetik laporan Mirror UKTrent bertindak membunuh Savannah setelah tahu akan kelakuan isterinya yang curang kepadanya. Berang dengan kelakuan isterinya, dia menyerang dan menembak Savannah sebelum melarikan diri bersembunyi di bilik mandi rumahnya.

Trent yang bekerja di sebuah syarikat lori, telah dituduh kerana membunuh isterinya pada Rabu minggu lepas. Menurut pihak polis, ketika kejadian Savannah sedang berada di bilik tidur utama bersama anak perempuannya. Tiba-tiba Trent datang dan menggugut akan menembak Savannah, anaknya  ketika itu bertindak melarikan diri ke rumah jiran bagi melaporkan tentang insiden yang telah berlaku.

Tidak berakhir di situ, Trent ‘sempat’ memuat naik satu video di Youtube memohon maaf kepada anak-anaknya berikutan insiden yang telah terjadi.

Mohon maaf kepada anak

https://www.youtube.com/watch?v=8gDDacS5j3A

Video yang berdurasi selama satu minit 15 saat itu dimuat naik sendiri oleh Trent sebelum dia ditangkap oleh pihak polis. Tambahan pula, video tersebut jelas menunjukkan Trent sebak dan menyalahkan Savanna dengan apa yang telah terjadi.

Saya merakam ini kerana saya mahu anak perempuan saya tahu bahawa saya sayang kepadanya. Saya sangat menyesal kerana saya telah melakukan ini. Saya mahu awak tahu, awak sangat bermakna bagi saya.  Saya tidak memilih untuk membuat dia seperti ini, tetapi ibumu memilih ini. Sudah lama dia menipu saya.

Trent kecewa dan sangat sedih dengan apa yang telah dilakukan oleh isterinya. Sebelum insiden tersebut, Trent sempat bertanyakan perkara sebenar kepada Savannah namun Savannah ketika itu menafikan setiap apa yang telah dia lakukan selama ini. Savannah telah dikejarkan ke hospital dengan kesan luka tembakan namun, meninggal dunia di hospital.

Sebelum ini, Savannah sudah mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dia bersama bekas suaminya dan mempunyai seorang anak perempuan bersama Trent. Jirannya ketika ditemui menyatakan tidak pernah mendengar pasangan ini bergaduh dan setelah terjadinya insiden ini, mereka agak terkejut dan tidak menyangka Trent tergamak membunuh isterinya sendiri.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×