Seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang pernah ditahan polis kerana melakukan hubungan seks dengan kuda sebanyak 12 kali ditahan sekali lagi atas kesalahan berlainan.
Artikel Berkaitan: Ibu Kejam! Dera Anak Kecil Sampai Mati, Siap Sumbat Mayat Dalam ‘Luggage’
Artikel Berkaitan: Pelajar Universiti Direman Kerana Buat Laporan Palsu, Dakwa Diri Disamun Elak Didenda JPN
Bogel di ladang kuda
Memetik laporan Daily Star, lelaki yang dikenali sebagai Jack R Blanke, 39, ditahan pada Ahad lalu selepas dilihat sedang berbogel dengan keadaan kemaluan terkeluar di kawasan sebuah ladang.
Dia dilaporkan memecah masuk ladang tersebut kira-kira jam 1 pagi. Tingkah lakunya itu dirakam kamera pengawasan (CCTV) sebelum pemilik ladang bertindak memaklumkan kepada polis. Dia bakal dihadapkan ke mahakamah pada 31 Julai ini.
Menurut laporan itu lagi, Jack didakwa dengan satu pertuduhan melakukan hubungan seksual yang menyalahi undang-undang dengan haiwan, satu pertuduhan salah laku pencerobohan jenayah di kawasan persendirian dan satu pertuduhan kerosakan harta benda.
Jika disabitkan kesalahan, Jack bakal dijatuhkan hukuman penjara dan dua tahun percubaan. Selain itu, dia juga diarah menjalani penilaian kesihatan mental.
Sumber: Daily Star