Lelaki yang menyerang aktor Malaysia, Kamal Adli di Singapura akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Alasan Serang Ada Isu Peribadi, Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: ‘Aku Mesti Bunuh Dia’ – Uqasha Senrose Dedah Mesej Di WhatsApp, Mohon Netizen Jangan Komen Benda Bodoh!
Boleh dipenjara selama tujuh tahun
Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki berusia 33-tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.
Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, SPF berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai satu kes di Ekspo Singapura pada jam 9.19 malam Ahad, di mana suspek telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi itu.
Cota itu dirampas dan dijadikan barangan kes dengan siasatan masih diteruskan.
SPF berkata, ia mengamalkan sifar toleransi terhadap apa-apa tindakan keganasan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Kamal, 36, yang mengalami kecederaan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di republik ini.
Pelakon itu dan isteri, Uqasha Senrose berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Ekspo Singapura.
Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu, tetapi tidak memberikan butiran apa yang menyebabkan suaminya itu diserang.
Sumber: Bernama