berita

Lelaki ‘Skodeng’ Sambil Meniarap Panik Bila ‘Kantoi’

March 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Sebuah video tular di media sosial Instagram (IG) yang memaparkan seorang lelaki sedang mengintai dari atas bumbung rumah.

Artikel Berkaitan: Rakam Gambar & Video Wanita Mandi Kolam Sejak 30 Tahun Lepas, Geng Mengintai Akhirnya Tumpas

Artikel Berkaitan: Cuba Intai Jiran Mandi, Pelajar Warga Asing Ditahan Polis

Intai perempuan mandi

Menerusi video yang dirakam oleh beberapa orang wanita yang melihat kejadian itu, kedengaran mereka sedang menegur lelaki tersebut yang sedang meniarap di atas bumbung zink sebuah rumah.

Mereka kemudian menjerit ke arahnya sehingga menyebabkan lelaki tersebut panik dan dengan segera bangun untuk turun dari bumbung rumah itu. Lelaki itu juga dilihat membaling batu ke arah mereka yang merekod kelakuannya.

Aksi tidak senonoh yang berlaku di Indonesia itu telah mendapat perhatian ramai warganet disana dan mengecam kelakuan lelaki tersebut.

Sudah tua tapi kelakuan masih macam ini. Bahaya kalau ada anak perempuan. Kalau saya yang kena saya tak akan berdiam.

Tahniah! Wajah kau dah terkenal seluruh Indonesia.

Mengintip dari atas atap ini rasanya dah boleh jadi Ironman!

Dah tua bukannya nak taubat tapi masih mengintai orang lagi.

Sumber: Indozone

SKIP THIS AD ×