berita

Lelaki Suap Yogurt Berisi Racun Kepada Dua Anak Kerana Cemburu Bekas Isteri Jumpa Pengganti

September 5th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Bolivia dikenakan hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah memberi makan yogurt beracun kepada dua anaknya, menyebabkan kematian.

Cemburu bekas isteri jumpa pengganti

Memetik laporan The Sun, Javier Hernandez Rojano, 37 tahun, dikatakan memberitahu bekas isterinya bahawa dia ingin membawa dua anak mereka keluar untuk membeli kasut baharu.

Namun, sebaliknya kanak-kanak tujuh dan empat tahun itu dibawa pulang ke kediamannya dan disuap yogurt yang diisi dengan racun serangga.

Kemudian, tertuduh juga cuba untuk membunuh diri dengan memakan yogurt beracun berkenaan, namun hanya mengalami simptom kekejangan perut yang teruk.

Kerana tidak tahan sakit, tertuduh membuat keputusan untuk menyerah diri di balai polis dan mengaku telah membunuh kedua-dua kanak-kanak tersebut selepas diberi bantuan perubatan.

Rojano dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan sempat memohon maaf kepada ahli keluarga yang lain.

Menurut siasatan, Rojano memberitahu bahawa motif pembunuhan adalah cemburu kerana bekas isterinya telah menemui kekasih baharu selepas perpisahan mereka.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×