berita

Lelaki Tak Sengaja Bunuh Bapa, Dakwa Pertahan Diri Daripada Dipukul Sebab Tak Beli Rokok

November 24th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Seorang lelaki  didakwa melakukan jenayah dengan membunuh bapa kandungnya kerana duit rokok. Suspek mengelar leher mangsa yang dipercayai hanya untuk mempertahankan dirinya.

Artikel Berkaitan: Tendang Ibu, Dipukul Tak Beri Duit Rokok- Isteri Kongsi Kisah Sedih Dapat Suami Ganas & Psycho

Tiada niat nak bunuh

Menerusi laporan The Thaiger, mangsa meminta suspek untuk membeli rokok namun suspek tidak berjaya mendapatkan wang daripada neneknya. Suspek juga menyatakan bahawa bapanya itu kadang kala mengugutnya tetapi belum pernah bertindak sebegini.

Dia (mangsa) bertindak ganas dan menendang muka saya. Lagipun, ini kali pertama dia bertindak ganas seperti ini.

Saya mengambil pisau di dapur untuk pertahankan diri sendiri.

Susulan itu, suspek bergelut dengan mangsa sebelum mengelar leher bapanya itu. Polis Thalang tiba di tempat kejadian dengan keadaan suspek sedang menunggu di hadapan rumah, seolah-olah bersedia untuk menyerahkan diri. Polis menemui mayat mangsa dengan luka terbuka di leher dan muka.

Walau bagaimanapun, tiada saksi yang dapat membantu kerana suspek dan mangsa hanya tingal berdua di rumah. Suspek menyatakan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh bapanya dan kesal atas tindakannya itu.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×