berita

Lelaki Telefon Majikan Tak Dapat Masuk Kerja, Tengah Bersihkan Darah Selepas Sembelih Isteri Sendiri

June 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengejutkan majikannya selepas memaklumkan bahawa dia tidak sempat untuk masuk bekerja kerana sedang sibuk membersihkan darah isterinya.

Memetik laporan Daily Star, lelaki berkenaan mengaku mengelar leher mangsa.

Marah kerana bakar pasport

Lelaki berkenaan yang bernama Xichen Yang, 21 tahun, ditahan selepas pihak polis dihubungi dan dimaklumkan bahawa suspek mengaku membunuh isterinya, Nhu Quynh Pham angkara membakar pasport suspek.

Pihak polis menyerbu rumah pasangan itu di Altamonte Springs, Florida selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9 pagi (waktu tempatan), 21 Jun lalu.

Dilaporkan, anak kepada majikannya yang menjawab panggilan telefon dan dimaklumkan, dia menikam isterinya sehingga mati. Xichen ketika itu berkata, dia tidak dapat bekerja pada hari kejadian kerana sibuk membersihkan bahan bukti.

Menurut pihak polis, mangsa ditemui dengan kesan luka di leher dan darah masih lagi mengalir, manakala perutnya juga berlumuran darah.

Sejurus selepas memasuki apartmen mereka, polis menemui seorang wanita terbaring berlumuran darah di dalam tab mandi.

Menurut kertas pertuduhan, suspek memberitahu, dia mengelar leher mangsa ketika wanita itu sedang cuba melarikan diri dengan merangkak ke arah pintu, dia kemudian membawa mangsa ke bilik air sebelum menyembelihnya.

Jabatan Bomba Daerah Seminole mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 9.13 pagi, waktu tempatan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×