berita

Lelaki Telefon Polis Minta Datang Uji Ketulenan Syabu Menyesal Kena Tangkap

March 24th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat menghubungi talian 911 untuk meminta polis menguji methamphetamine (syabu) yang dibeli tulen atau palsu membawa padah selepas dia akhirnya ditangkap.

Risau beli syabu dapat garam

Foto: Metro UK

Thomas Eugene Colucci, 41 tahun, menghubungi Pejabat Syerif Hernando County dan meminta polis untuk hadir ke rumahnya di Spring Hill, Florida selepas memaklumkan dirinya membeli dadah daripada seorang lelaki di sebuah bar. Akibat pengaruh bahan terlarang itu, Colucci menyangka lelaki terbabit menjual garam mandian kepadanya.

Menurut pejabat syarif, dia mendakwa dirinya seorang pengguna dadah yang ‘berpengalaman’ dan tahu bagaimana rasanya. Jelas sekali, dadah yang dibeli oleh Colucci itu tidak memberikan kesan yang dia harapkan dan menyebabkan dia membuat panggilan ke 911, kata polis.

Selain itu, Colucci memberitahu polis bahawa dia mahu bahan itu diuji kerana dia tidak mahu orang lain membeli dadah ‘palsu’ daripada penjual. Dia meminta pegawai penguat kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan kerana menawarkan dadah berbahaya.

Polis menguji bahan di tempat kejadian seperti yang diminta, dan kedua-duanya didapati mengandungi methamphetamine. Colucci kemudian ditahan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×