berita

Lelaki Tergamak Simbah Isteri Dengan Air Panas Sebelum Tikam Perut Sendiri

February 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang suami tergamak menyimbah air panas kepada isterinya sebelum menikam dirinya sendiri dalam satu pertengkaran di sebuah rumah di Kampung Pondo, Pualau Gaya, Kota Kinabalu.

Mangsa ungkit kisah lama

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, ketika pertengakaran berlaku, mangsa yang berusia 40 tahun itu sedang menjerang air di dapur. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu iaitu Superintendan George Abd Rakman, suspek berusia 41 tahun terus mengambil cerek yang berisi air panas tersebut dan menyimbah ke arah mangsa. Lebih mengejutkan, suspek kemudian mengambil sebilah pisau dan menikam perutnya sendiri.

Pertengkaran semakin buruk apabila mangsa mengungkit perkara lalu dan disebabkan gagal mengawal emosi, suspek mengambil cerek air berkenaan dan menyimbah ke arah mangsa sehingga terkena pada bahagian bahu dan tangan kiri mangsa.

Mangsa disimbah air panas

Sekadar gambar hiasan

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya dan berkahwin dengan suspek baru beberapa bulan yang lalu serta tidak mempunyai anak. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga dikatakan sering bertengkar mengenai masalah kewangan lebih-lebih lagi selepas suspek hilang pekerjaan.

Selama berkahwin dengan mangsa, suspek juga dikatakan sering ditendang dan ditampar oleh mangsa apabila bertengkar mengenai kewangan.

Mangsa yang melecur di bahu dan tangan kiri serta suspek masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan Seksyen 309 akta yang sama.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×