berita

Lelaki Tergamam Bakal Isteri ‘Cabut Lari’ Bawa Duit Kahwin RM27K Sehari Sebelum Majlis

August 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Fashion Magazine

Seorang bakal pengantin lelaki warga Britain terkejut selepas mendapati bakal isterinya telah melarikan diri bersama wang berjumlah £5,000 iaitu bersamaan RM27,000. Lebih meruntun hati apabila mengetahui insiden itu berlaku sehari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Bakal isteri bawa lari RM27K

Foto: Classlifestyle

Memetik laporan Metro UK, pasangan yang berusia dalam lingkungan 40-an ini telah bertunang dan membuat keputusan untuk berkahwin pada keesokan harinya. Mengikut perancangan, pasangan yang baru berkenalan ini membuat keputusan terbang ke Rom, Itali untuk melangsungkan perkahwinan namun siapa sangka, rancangan untuk mendirikan rumah tangga akhirnya musnah selepas wanita itu melakukan khianat dengan melarikan sejumlah wang.

Wanita terbabit dikatakan menghilangkan diri bersama wang bernilai RM27,000 ketika bakal suaminya itu pergi ke tandas di Lapangan Terbang Heathrow. Menurut sumber, wang tersebut merupakan wang yang dihadiahkan kepada wanita itu untuk perbelanjaan majlis perkahwinan.

Anggota polis sudah cuba mencari wanita terbabit di kawasan lapangan terbang tetapi tidak jumpa. Tambah pihak berkuasa lagi, mereka masih belum menentukan sama ada wanita terbabit telah keluar dari kawasan lapangan terbang atau menaiki penerbangan lain dengan wang yang dicuri.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×