berita

Lelaki Terjah Ruang Nikah Pejabat JAWI, Tiba-Tiba Duduk Atas Pelamin, Zikir & Mengaji Dengan Kuat

April 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, putus cinta adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.

Begitulah yang dialami oleh seorang pemuda ini apabila dia nekad memasuki ke ruangan akad nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Duduk atas pelamin, zikir

Menerusi kisah yang dikongsikan di akaun Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan kejadian ini berlaku pada pagi tadi (7 April 2021). Seorang pemuda secara tiba-tiba telah masuk ke ruangan akad nikah di pejabat JAWI dan terus duduk di atas pelamin yang disediakan.

Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Menurut sumber, pemuda ini dikatakan mengalami tekanan perasaan kerana putus cinta. Dalam kesempatan itu, pihak JAWI mendoakan agar pemuda ini diberikan kesembuhan, diberi jalan keluar dan dipermudahkan segala urusan bagi menghadapi ujian hidup.

‘Mudahan cepat move on’

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

SKIP THIS AD ×