Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Ejai berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan sendirian di atas jalan raya pada waktu malam.
Jumpa budak perempuan tengah malam
Bercerita dengan lebih lanjut, Ejai memberitahu dia terjumpa kanak-kanak terbabit sekitar jam 11:30 malam iaitu ketika dia dalam perjalanan pulang selepas makan malam bersama keluarga. Kanak-kanak perempuan itu dikatakan menggalas sebuah beg sambil tangan melambai-lambai seperti meminta tolong.
Aku tanya kenapa ni? Dengan keadaan muka dia sedih dan ada air mata. Dia kata baru lepas kena marah dengan ayah dan dia minta tolong hantar ke rumah Tokmi (nenek). Aku tawakal, aku pelawa lah dia masuk kereta. Aku tanya ingat tak rumah Tokmi (nenek) dan dia kata ingat. Masa dalam perjalanan hantar, dia tunjuk jalan.
Menurut lelaki ini, kanak-kanak perempuan tersebut baru berusia sembilan tahun dan punca dia keluar dari rumah kerana baru dimarahi si bapa. Setibanya di rumah Tokmi, lelaki ini memberi salam sebelum akhirnya seorang wanita keluar dari rumah tersebut dan terus memeluk cucunya.
Aku beritahu kenal Iris dan dia terus ambil kunci datang dekat aku. Masa ni aku macam touching jap bila nenek dia peluk Iris. Aku cakap maaf, saya jumpa dia dekat jalan tadi mak cik dan dia minta tolong hantarkan. Dan last sekali Tokmi ucapkan terima kasih dan dia terus hulur kek untuk kami tanda terima kasih. Walaupun kami menolak tapi Tokmi nak bagi juga. Alhamdulillah selesai tugas kami.
Komen netizen
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap prihatin dan tindakan lelaki ini yang membantu kanak-kanak terbabit. Netizen berpendapat bukanlah mudah untuk mendidik anak-anak lebih-lebih lagi generasi masa kini, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
Sumber: Jaiho_Ejai