berita

Lelaki Terkejut Diarah Kuarantin Secara Tiba-Tiba… Lagi ‘Stress’ Bila Tengok Keadaan Bilik!

November 20th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kes Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini menyebabkan pelbagai langkah pencegahan terpaksa diambil. Selain arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut aktif dalam menjejak kontak rapat pesakit Covid-19 bagi mengelakkan lebih ramai dijangkiti virus.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, seorang lelaki terkejut apabila dia diarahkan untuk kuarantin di atas sebab menghadiri satu majlis sedangkan dia tidak hadir pun ke majlis tersebut. Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa dikuarantin dalam satu ruang yang dikatakan kurang selesa.

Kena kuarantin

Foto: Free Malaysia Today

Dia yang dikenali sebagai Suchdev Singh Bedi, 47 tahun, diarahkan untuk dikuarantin oleh Jabatan Kesihatan Perak pada hari Isnin yang lepas, setelah menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Peliknya, dia langsung tidak menghadiri majlis tersebut. Susulan daripada itu, dia terpaksa bermalam di sebuah pusat kuarantin di Tanjung Rambutan sebelum dibenarkan pulang semalam.

Suchdev merupakan seorang pesakit jantung, terkejut apabila namanya didaftarkan bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadari majlis tersebut. Sebelum ini, dia sempat menghadiri sebuah mesyuarat, namun salah seorang daripada ahli yang menghadiri mesyuarat itu telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu, dia perlu menjalani kuarantin wajib di rumahnya sehingga 21 November berikutan menjadi kontak rapat kepada pesakit tersebut.

Keadaan bilik

Foto: Free Malaysia Today

Dia menerima tiga panggilan daripada pegawai kesihatan yang menyuruhnya untuk menjalani kuarantin. Panggilan pertama dibuat, susulan kes mesyuarat yang dihadiri olehnya. Panggilan seterusnya, dibuat untuk menyuruhnya menjalani kuarantin akibat menghadari sebuah majlis perkahwinan yang dia sendiri tidak pergi. Panggilan terakhir, menyuruhnya untuk menjalani kuarantin di Tanjung Rambutan.

Suchdev ketika di pusat kuarantin agak ‘tertekan’ dengan keadaan bilik tersebut yang serba kekurangan. Katil tersebut tidak mempunyai sebarang cadar, bantal, dan selimut. Dia menceritakan dia hanya tidur di kerusi yang terdapat di sebelah katilnya pada malam tersebut. Tidak berakhir di situ, salah seorang doktor turut mengakui keadaan bilik tersebut kurang selesa untuk didiami.

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×