Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan di hospital selepas isterinya bertindak mengigit telinga ketika mereka bertikam lidah.
Artikel Berkaitan: Skandal Isteri Bunuh Suami, Mayat Dikerat 6 & Ditanam Bersepah
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Layan Ibu Sakit Strok, Anak & Menantu Dipercayai Pukul Warga Emas Sampai Mati
Isteri desak jual rumah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan India Today, kejadian dilaporkan berlaku di Sultanpuri, Delhi di India pada 20 November lalu.
Menurut mangsa, pertengkaran mereka bermula apabila isterinya mendesak untuk menjual rumah dan memberinya sejumlah wang supaya wanita itu dapat tinggal berasingan dengan anak-anak mereka.
Saya pergi membuang sampah di luar rumah sekitar jam 9.20 pagi dan meminta dia membersihkan rumah. Tidak lama selepas itu kami bergaduh.
Saya cuba menjelaskan kepadanya tetapi berlaku pergaduhan antara kami malah dia cuba memukul saya.
Saya sedang berjalan keluar dari rumah kemudian dia menahan saya dari belakang dan dalam keadaan marah dia menggigit telinga kanan saya dengan kuat sehingga bahagian atas telinga saya putus.
Susulan itu, anak mangsa membawanya ke Hospital Sanjay Gandhi untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa berusia 45 tahun tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: India Today