berita

Skandal Isteri Bunuh Suami, Mayat Dikerat 6 & Ditanam Bersepah

July 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Polis menemui mayat seorang lelaki berusia 33 tahun yang didakwa dibunuh oleh kekasih isterinya.

Artikel Berkaitan: Gadis Disumbat Hidup-Hidup Dalam Guni & Dicampak Dalam Sawah, Bapa Didakwa Sebagai Pembunuh

Artikel Berkitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan

Ditanam di lokasi berbeza

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, kejadian tersebut berlaku di Rajasthan Pali, India yang menyaksikan penemuan mayat lelaki dikerat enam dan ditanam di lokasi berbeza.

Menurut polis, pihaknya menemui kepala, tangan dan kaki di sebuah taman kira-kira 100 meter dari sebuah rumah.

Dalam pada itu, polis berkata terdapat sebatang anak pokok mangga yang ditanam oleh suspek di atas kubur mangsa.

Susulan itu, polis telah menahan suspek  yang dikenali sebagai Madanlal pada Selasa selepas bapa mangsa membuat laporan kepada pihak polis.

Berdasarkan laporan, mangsa iaitu Jogendra meninggalkan rumah pada 11 Julai lalu namun dia didapati tidak pulang. Bapanya yang dalam kerisauan mula mengesyaki Madanlal lalu bertindak menghubungi pihak polis.

Saya percaya lebih ramai individu yang terlibat dalam pembunuhan anak saya.

Madanlal akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh Jogendra dan membongkarkan hubungan sulitnya bersama isteri mangsa.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×