berita

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali & Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

May 31st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang lelaki di New Delhi, India didakwa membunuh kekasihnya dengan kejam di khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Kekasih Hamil 3 Bulan Guna Pisau Ukuran 20 Cm

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Terima Cinta Ditolak, Lelaki Tetak Bekas Kekasih Sampai Mati Di Restoran

Artikel Berkaitan: Kejam! Cincang Badan Kekasih & Buang Dalam Perigi Gara-Gara Dipaksa Kahwin

Ditikam berkali-kali

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Metro UK, mangsa, 16, ditikam sebanyak 16 kali dan dipukul dengan bongkah batu oleh teman lelakinya yang berusia 20 tahun. Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Rohini, Utara Delhi.

Difahamkan, mangsa dan suspek merupakan pasangan kekasih yang berhadapan dengan pertengkaran sebelum kes pembunuhan tersebut berlaku.

Mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke majlis sambutan hari lahir anak rakannya.

Menurut saksi kejadian, orang awam tidak bertindak untuk membantu mangsa ketika dirinya diserang tanpa belas kasihan.

Susulan daripada kes pembunuhan kejam tersebut, suspek sempat melarikan diri sebelum ditahan di Uttar Pradesh.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×