berita

Lelaki Tua Kemaruk Curi Coli & Baju Dalam Ditahan, Hasil Serbuan Polis Jumpa 730 Koleksi Pakaian Dalam

September 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pelik tapi benar! Itulah ungkapan sesuai digunakan buat seorang lelaki di Tokyo, Jepun apabila dia dipercayai mencuri 730 coli dan seluar dalam.

Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Asing Ditahan Selepas Polis Temukan ‘Koleksi’ Baju Dalam Wanita Yang Dicuri

Lelaki curi coli dan seluar dalam

Foto: New York Post

Lapor New York Post, pihak polis telah menahan Tetsuo Urata, berusia 56 tahun selepas menemui timbunan pakaian dalam wanita di apartmennya di Beppu, Jepun. Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai ‘obses’ dengan pakaian dalam dan bertindak mencurinya daripada pelbagai mesin cucian.

Susulan daripada itu, pihak polis telah merampas semua koleksi pakaian dalam yang telah disimpan oleh lelaki berkenaan semasa serbuan dibuat. Mengulas lebih lanjut, gerak-geri lelaki ini akhirnya terbongkar susulan tindakan seorang penuntut kolej yang bertindak membuat laporan.

Penuntut kolej ini mendakwa suspek bertindak mencuri enam seluar dalamnya di sebuah mesin cucian pada 24 Ogos lalu, sebelum bertindak membuat laporan polis.

Polis ambil tindakan

Sekadar gambar hiasan

Susulan menerima maklumat, pihak polis bertindak mengekori suspek dari sebuah pusat cucian dan mengejarnya sehingga ke sebuah apartmen. Suspek bagaimanapun, didakwa mengaku atas kesalahan yang telah dibuat olehnya.

Sudah lama polis tidak membuat rampasan sebesar ini membabitkan pakaian dalam.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×