berita

Lelaki Tunjuk ‘Bebird’ Ditahan Polis, Baru Seminggu Keluar Wad Alami Kemurungan

March 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular satu video di mana seorang lelaki yang tidak memakai seluar bertindak ‘mengganggu’ tiga pekerja wanita di sebuah kedai alat komunikasi di Kota Bharu, Kelantan. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa ketika itu sempat melarikan diri meninggalkan premis tersebut.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Lelaki Tayang ‘Bebird’ Cuba Terkam Pekerja Kedai, Mujur Sempat Lari

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Utusan Online, lelaki tersebut yang dipercayai mengalami sakit mental telah ditahan oleh pihak polis selepas bertindak di luar kawalan.

Sudah ditahan pihak polis

Foto: Utusan Online

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang mangsa yang berusia 31 tahun. Susulan daripada laporan itu, suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan oleh pihak polis.

Mangsa secara tiba-tiba didatangi lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kemaluannya. Lelaki terbabit kemudian melompat di atas kaunter dan masuk ke dalam kawasan kedai. Terkejut melihat tindakan itu, ketiga-tiga jurujual itu berlari keluar dari kedai dan menghubungi polis.

Dibawa ke hospital

Foto: Tangkap layar video

Kini, suspek telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Suspek tinggal bersama keluarga di rumah yang terletak berhampiran kedai berkenaan. Sebelum ini, lelaki itu pernah dirawat di HRPZ II kerana mengalami masalah kemurungan dan baru seminggu keluar dari wad hospital.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan.

Sumber: Utusan Online

SKIP THIS AD ×